Assalamualaikum...
saya bakal menjalani fasa baru dalam pembelajaran saya iaitu degree. oh saya sangat bahagia dan tenang aman serta sentosa. _______________________________________________________T_T"
PENIPU! tenang ape kalau asyik fikir pasal benda ni. selagi tak daftar, selagi tu kena fikir. kalau dah daftar, maksudnya masalah dah settle la kan? burr!! mana nak fikir pasal yuran pengajian, belanja yang bukan se-sen dua, print borang tu borang ni. pinjaman sana sini. medical check up. sepuloh kali masuk U, sepuloh kali medical check up.- -" yang paling menyesakkan ialah masalah tempat tinggal.
since kampus tu dah bagitau terang terang jelas dan nyata bahawa...
TEMPAT TINGGAL TIDAK DI SEDIAKAN. SILA URUSKAN SENDIRI. bagi pelajar penerapan.
makanya, saya memang harus dan wajib mencari rumah sewa agar tidak merempat di tepi kaki lima tidur atas kotak. damn! siapa kata cari rumah sewa senang?
dengan hati dan perasaan hamba Allah lain yang perlu di ambil kira. keselesaan mereka. dan ke-satukepala-an mereka yang juga perlu di ambil kira. tak cukup dengan tu, faktor rumah juga kene amik kira. sewa berapa, lokasi kat mana, nak pegi kelas macam mana. woah! sumpah serabut.
tapi bila fikir balik, kita pergi sana nak belajar kan.. buat apalah nak fikir benda-benda yang tak semenggah tu. pasal hati perasaan semua tu campak ke laut. nak fikir tak sekepala, memang tak berkembang la jawabnya. kadang-kadang persekitaran kene ubah jugak kawan-kawan... barulah boleh jadi flexible. ye adik-adik sekalian...
alangkah indahnya kalau semua fikir macam yg saya fikir kat atas ni. mesti awal-awal hal rumah sewa dah settle. hmmm. malangnya hati orang tak boleh di paksa kan. fikirlah apa yang terbaik ye kawan-kawan. kalau semua setuju, saya hanya menurut. ;')
InsyaAllah semua berjalan lancar. *entry ni random dan xde tuju kat sesiapa, maka tolong jangan terasa. saya sayang kawan-kawan saya. percayalah!
Nota kaki: Doakan kami ye.;)
2 comments:
alahh kesian die, dah jumpe rumah sewa x?
mcm dh jmpe. tp nth la..hee
Post a Comment