ikutkan hati memang macam nak mulakan entry dengan cacian makian. tapi dulu belajar BM kalau buat karangan, bahasa kena jaga. so, aku akan berusaha keras untuk jaga bahasa. Well...bahasa jiwa bangsa. ahaks!
Pada seminggu yang lalu (skema sangat ayat!), aku dan ana telah merancang satu percutian ke Genting Highland dan Port Dickson secara mengejut. bila rancang mengejut, maka otomatik la result nye pon mengejutkan. ha dengan aku, dengan ana, dengan segala harta benda aku semua terkejut. aku terkejut sebab over budget melampau. air mengalir bagaikan duit (x boleh beza dah air dengan duit). ana terkejut sebab tambang perjalanan melebihi sewa penginapan. harta benda aku pulak terkejut sebab dapat kawan baru iaitu spec dengan beg mak jemah. kau bayangkan la, over budget melampau tapi bawak balik spec dengan beg yang berjumlah RM25 je.oh my...T_T biasa orang kalau over budget harus la pegi bawak 1 beg, balik bawak 2 3 4 beg.
Antara sebab kami over budget ialah..:
MAKANAN
aku bukan nak berkira sangat pasal makanan. janji perut aku kenyang tu kira ok la kan. apa kata nanti bila-bila kat Genting tu buat la food court macam IFC UiTM. kan murah. tak payah aku makan kat McD ke, MB ke, Pizza ke.. woah. dah sah2 aku kena cari husband pangkat Datuk (untuk sara makan minum).
muka pelahap gila satu hari suntuk tak makan. dapat makan, mahal pulak, harus la menikmati dengan jayanya.
Habis la cerita makan-makan kat Genting. Ni ceghite hok kat PD pulok. Sebak rasa bila nak cerita kisah kat PD. tskk~ lepas makan tengah hari dekat Genting, kami bergegas pergi PD. Sampai PD dah malam. bila dah malam, tak tau pulak selok belok PD, makanya, sampai2 bilik, kami pon membuta dengan perut berirama kilauan emas. Esoknya dengan semangat baru kami pergi cari sarapan. Not bad la. boleh tahan, tak mahal sangat. Then jalan-jalan la dekat pantai... tiba-tiba rasa haus. nampak macam kedai makan, dengan terpinga-pinga kami pon duduk order fresh orange dengan apple juice. order air nak yang stok2 minum sambil bersantai mengadap pantai pakai spec hitam. puii. tapi angan-angan musnah bila tengok bil.
dua gelas air yang berharga RM20++ *pengsan
kalau daku tau, daku rela minum air laut yang masin tu. ;( rasa tak berbaloi sebab haus tak berapa nak hilang. tu mesti letak buah sampai 3 biji! sebab tu mahal! (sedapkan hati). aku minum sampai ke titisan terakhir. kalau boleh kunyah kaca, gelas tu pon aku nak kunyah.- -
TAMBANG
oleh kerana keseronokan bermain melampaui batas, maka kami selalu terlepas bas. haa lalalala sangat. macam la bas tu dok tunggu budak nama mira dan ana naik baru nak jalan. hahaha! bila dah terlepas bas, maka pilihan yang kami ada ialah...TEKSI. ha.. bila naik teksi, hang paham-paham sendiri je la tambang depa macam mana kan.. mahal dah satu hal. nak tawar harga sangat pun macam kesian. sempat lagi nak kesiankan orang padahal duit sendiri mengalir tanpa belas kasihan. huhu~
BENDA LAGHA
okay. ini perkara biasa. tipu kalau pergi berjalan tapi tak beli benda-benda lagha. hahaa! nafsu tu jahat sangat tahu. kami beli spec mata gelap konon nak jalan tengah panas terik. kami beli seluar semata nak mandi pantai. kami terpedaya dengan uncle2 psyko, maka kami sewa khemah yang kalau tak sewa pon xpe. kami itu, kami ini. sedar-sedar poket makin kurus. Lagha sangat!
dah habis! itulah nilai yang perlu kami bayar. padahal keseronokan cuma separuh daripada tu. huhu~ rasa macam nk patah balik masa, lepas tu pergi tempat lain. pergi langkawi ke, pergi tioman ke, pergi mana-mana lah yang lagi best. paling tak pon stay lama kat genting. tak nak pegi PD lagi taknak!!! *hentak kaki
tengok pantai dapat pahala kan? nah tengok puas-puas. :)
wait for the next entry yah!