Wednesday 16 March 2011

Nombor bersendirian?

Assalamualaikum...

     Hari ni sye nk citer la cket psal game sudoku. Korang penah maen x? Mesti lah penah kn... Bende alah ni kadang-kadang boleh release tension gak. Bukti nye td mse klas marketing td, sye punye la khusyuk buat sudoku smpai taw2 je klas dah abis. Kan xterase tension nye tu..btol x?hee... (rahsia kte-kte je taw!)

SEJARAH SUDOKU

     Sudoku, kadangkala dieja Su Doku, adalah permainan berdasarkan logik juga dikenali sebagai Number Place di Amerika Syarikat. Matlamat permainan ini adalah untuk memasukkan suatu digit bernombor dari 1 ke 9 dalam satu sel grid 9X9 dengan subgrid 3X3 yang dipanggil 'kawasan' bermula dengan beberapa nombor 'diberi' dalam sesetengah sel lain. Setiap sel dan kawasan hanya boleh mempunyai satu kali sahaja suatu nombor digit dari 1 ke 9 sahaja.
    
     Nak abiskan game ni memg memerlukan kesabaran yg sgt tinggi dan kemahiran berfikir secara logik. Nak2 ble buat yg difficult tu. Mahu muntah darah dibuatnye. Walaupun ia mula diterbitkan pada tahun 1979, ia mula mendapat nama di Jepun pada tahun 1986 dan pada peringkat antarabangsa pada tahun 2005. Sebab mengapa popularitinya naik dengan begitu lambat masa yang diambil masih menjadi tanda tanya. Maybe sebab nme dy yg best tu kot : sudoku. Akan-akan nme songoku dlam cte dragon ball kan..haha (ape yg sye merepek ni) -_-"

     Peristilahan Sudoku memberi maksud "nombor bersendirian" dalam bahasa Jepun; dan merupakan hak cipta rasmi Nikoli Co. Ltd di Jepun. Penerbit Jepun yang lain biasanya merujuk permainan ini dengan gelaran Nanpure yang menjadi Number Place di dalam bahasa Inggeris Amerika. Nama ini dikatakan merupakan nama asal. Perkataan Sudoku disebut tanpa apa-apa perubahan dengan pengalihan bahasa daripada Jepun ke Melayu. Kirenye melayu ni ikut je la bhase jepun 2.
    
     Nombor-nombor yang diaplikasikan dalam Sudoku hanyalah bagi tujuan keselesaan semata-mata dan penggiraan matematik antara nombor-nombor tidak relevan sama sekali. Xperlu la korang nak rajin2 gne formula probability 2. Buat sesak otak korang je.haha! Nombor-nombor ini boleh digantikan dengan bentuk-bentuk seperti bulatan, segi tiga dan segi empat, segi lima dan segi enam sekalipun, asalkan ketara perbezaannya. Klau nk bg cam best je, gne warna pon boleh. Silap-silap ari bulan, bdak umo 3 thun pon nk maen gak sebab tgk kotak yg colourful tu.

CARA-CARA NAK MAIN

     Permainan ni ade yg 6x6 dan 9x9. Tp biasenye berupa grid 9×9 grid, didalami 3×3 subgrid dipanggil "kawasan" (panggilan lain merupakan "kotak", "petak", dan sebagainya). Sesetengah sel disediakan dengan nombor yang telah diisikan, dipanggil "diberi" (kadangkala "petunjuk") Matlamatnya adalah untuk mengisikan setiap sel dan kawasan sehinggalah nombor 1 sehingga 9 diisi dalam suatu kawasan kesemuanya. Setiap nombor dalam penyelesaian dengan sendirinya hanya timbul sekali dalam tiga "arah". Disebabkan itulah nama asal permainan ini wujud - Nombor Bersendirian. (ni la mksud tajuk entry kali ni)

TAHAP KESUKARAN

 EASY SUDOKU

 MEDIUM SUDOKU

HARD SUDOKU

     Permainan yang disiarkan seringkali diberi taraf dari segi kesukarannya. Agak memeranjatkan, nilai yang diberikan hanya mempunyai sedikit atau tiada kaitan dengan kesukaran permainan tersebut. Permainan dengan jumlah penyelesaian minima diberikan mungkin mudah diselesaikan, dan permainan yang melebihi nombor purata penyelesaian mungkin amat sukar diselesaikan. Ianya berdasarkan kaitan nombor dan bukannya jumlah nombor yang diberikan. So, jgn pening-pening ble dapat yg no sikit tu. Pasti ade hikmah disebaliknye.muahahaha!
 
Ok kawan-kawan. Ape tunggu lagi tu? Jom la kte main sudoku. What? Xde buku? Pegi je kedai buku berdekatan. Mesti ade pnye lah. Murah je. RM7.50.hee...! Tata!

Sumber:WIKIPEDIA

No comments: