Assalamualaikum...
***Sila baca dan hayati, anda pasti tersenyum;)
•Di waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya •Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya •Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya •Di waktu kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu •Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu •Maka kamu akan merasakan bermakna dia untukmu •Jangan sampai nanti dia sudah tidak lagi di sisimu, kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu •Yang indah hanya sementara •Yang abadi adalah kenangan •Yang ikhlas hanya dari hati •Yang tulus hanya dari sanubari •Tidak mudah mencari yang telah hilang •Tidak mudah mengejar impian •Namun yang lebih susah adalah mempertahankan yang ada •Karena walaupun digenggam terlepas juga •Ingatlah kata pepatah: "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini" •Belajar menerima apa adanya dan berfikiran positif •Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya akan sirna tak berbekas •Rumah mewah, harta benda, kedudukan, jawatan, namun ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak dapat dibawa, sehelai benang pun tak mampu dimiliki •Apalagi yang mahu diperebutkan •Apalagi yang mahu disombongkan •Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani •Jangan terlalu berhitung •Jangan hanya mahu menang sendiri •Jangan suka menyakiti sesama, apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita •Belajarlah tiada hari tanpa kasih •Selalu berlapang dada dan mengalah •Hidup sentiasa ceria dan bebas •Tak ada yang tak dapat di ikhlaskan •Tak ada sakit hati yang tak mampu dimaafkan •Tak ada dendam yang tak mampu dihapuskan..
Nota kaki : Terjumpa kat fb. Just untuk renungan bersama...
That's all! Tata!
No comments:
Post a Comment