Sunday, 29 April 2012

tips mengikuti kem

Assalamualaikum...

hari ni 2 kali blackout. maka disebabkan blackout yang berkali-kali, saya telah terfikir sesuatu di kala gelap malam. iaitu idea untuk meng-update belog comotcomel ni. hikhik. dok pikir-pikir saya terlintaslah pasal kem. yeah! u think what i think?

kalau korang blur-blur macam tak tau nak buat ape, nak bawak ape untuk pegi kem motivasi ke, kem bina insan ke, kem bina semangat ke, kem ape-ape kem lah. janji kem yang mendera fizikal. hah. meh sini nak kasi tau tips sikit. (:

1. tarikh.

dapat je tarikh, korang kene lincah rabbit pegi tengok kalendar. ade ke tak pakcik makcik sedare mara kawin, ade ke tak temujanji penting mase tu, ade ke tak apa-apa je la yang penting kan. kalau takde pape, setakat couple anniversary, cincai-cincai pegi je la. lain hari boleh celebrate. hee~

2. lokasi dan transport.

yang ini haruslah penting dan perlu di ambil kira. kalau lokasi jauh, tengok pulak transport. kalau ada transport, jaoh ujung dunia pon xde hal. kalau dekat, tolak ansur la keluar duit sendiri sikit. nak pegi kem tak..? haha!

3. barang-barang.

pastikan barang-barang yang di bawa mencukupi dan kuantiti adalah MINIMA. yelah, kan nak pegi kem motivasi, kem bina insan, tak payah la bawak baju untuk tukaq setiap jam. korang tak mampu punya nak tukar setiap jam. lainlah kalau korang pegi kem modelling, kem ratu cantik ke kan..tapi macam takde je kem tu semua. haha! yang paling penting, berus gigi dan tuuutttt!. korang tak mungkin akan share kan? :'p

4. mental dan fizikal.

mental pon kene prepare. jangan ingat nak sukahatisukasuki je. sekali kene bahan kat kem terus dan-dan nak balik. takmau macam tu takmau..set mind. ye. aku pegi kem jpa ni untuk lulus peksa. hahah! demm! nampak sangat pegi kem jpa dulu terpakse je. diam-diam eh.
mental dah, fizikal pon kene prepare. pastikan korang buang sampah dalam perot tuh kat toilet umah korang abis-abis. takut la nanti kat kem tuh takde toilet ke kan... toilet tak de air ke.. pastu elakkan makan pedas-pedas agar perut korang bertahan untuk 3 hari dua malam.standard kem.

5. cerita.

ok. pongpangpongpang, korang pon dah balik dari kem... kem tu punye la haprak! bilik air pon ade katak. tandas tak semenggah. pendek kata, kem tu macam nightmare la kan. makanya, untuk sedapkan hati korang, korang binalah cerita yang enak-enak di dengar, untuk diperdengarkan pada kawan-kawan. ceritalah, aku kene hangkut air 2km semata-mata untuk b****. aku tidur setengah jam je, lepas tu kene bangun masuk utan cari sarapan. padahal hangkut air 2 jengkal je, tidur lebih 8 jam, sarapan kuewtiaw goreng. takpe la hyperbola sikit sampai kawan korang akan cakap, fuuyoooh! hebat lah kau. kalau aku mesti dah balik.tak sanggup aku berlama-lamaan kat situ. ha... kan dah nampak yang korang lebih hebat. so, terubatlah sikit hati yang terguris dek kem yang punya haprak tu..hehe~


rasanya dah cukup lah tu tips yang serba kekurangan. yang baik boleh ambik. yang tak baik, baca je. amalkan jangan. haha! segala yang tercoret adalah hasil imaginasi yang terlampau. semua salah spongebob! xdekaitan.



Nota kaki: jangan amalkan yang hyperbola tuh. tak baik tipu. Tuhan marah..hikhik!

No comments: