Assalamualaikum...
Salam satu Malaysia. Haha! Tetiba. Ok, untuk hari ke-10 bagi cabaran Makan Dalam ni, sye di minta untuk bagi pendapat tentang masalah sosial remaja sekarang. Sebelum tu, sila abaikan kalau sye ade merepek dalam 'karangan' sye jap g. Sye budak baru belajar, kalau salah tolong la tegur..:) hee~
Pada pendapat sye masalah sosial remaja sekarang memang sangat la teruk. Sebab nye, kita semua pon sedia maklum, sekarang ni kes buang bayi sangat berleluasa. Korang rasa, golongan mana yang selalu buang-buang bayi ni? Mesti la remaja kan? Dah sedap layan jantan, bila dapat baby mula nak campak sana sini. Betol tak?
Lepas tu, remaja sekarang sangat la suka pakai baju tak cukup meter. Apa tu? ~seksi-meksi la~ Haha! Bila laki tengok, tak ke goyah iman diorang tu. Even Tok Imam pon, kalau dah namanye manusia, semua ada nafsu la. So, dari situ la mula dengar citer rogol sana, rogol sini. Nak salahkan sape? Tepuk dada, tnye iman.
Then, remaja sekarang ni, tak di nafikan. Memang sangat suka mencuba. Tapi, kalau mencuba benda yang elok takpe, takde orang nak marah. Ni tak, benda yang di try tu semua merepek. Try hidu gam la, tension konon...nak try dadah la pulak. Agak-agak bosan, tengok arak macam sedap, try arak plak..lepas tu tengok moto kat rumah terbiar je, mula la nak try merempit. Nak uji kehebatan la pulak kan...Lepas tu, dah start usung anak dara orang, buat taruhan, tidur sebilik, konon sehati sejiwa la, sehidup semati, ye. Memang sehidup semati pon. Sorang hidup melarat, sorang mati katak. Apa pon tak boleh. See?
Mula-mula try, lama-lama rosak. Remaja sekarang tak macam dulu. Remaja sekarang keras kepala. Mak bapak langsung diorang tak kisah. Bila mak bapak dah takde, baru menyesal tak sudah. Bila orang nasihat, semua cakap, 'biar la, kubur masing-msing'. Memang la kubur masing-masing, tapi kesian jugak la sape yang berjiran dengan orang tu kat kubur t. Asyik memekak terjerit-jerit. Tu kan dah ganggu arwah-arwah yang lain tu. hee~
Sye bukan nak membebel ke ape, sye just nak bagitau senario remaja sekarang. Act, sye ingat kan diri sye sendiri jugak. Sye pon kadang-kadang takut jugak terjebak dengan benda-benda macam tu. Na'uzubillah, mintak di jauhkan. Remaja ni memang mudah terikut dengan budaya luar. Orang kata, darah muda, memang pantang di cabar. Kadang-kadang ade jugak yang culture shock. Berubah sekelip mata. Dari tudung labuh, tinggal bikini pon ade. Tapi, semua tu bergantung la pada pendirian dan prinsip masing-masing. Iman tu jaga. Kalau ade prinsip dan pegangan yang betul dan kukuh, pegi mana-mana pon InsyaAllah tak kena culture shock.
So, pada remaja kat luar sana, atau yang tengah baca entry ni, kalau ada kawan-kawan korang yang dah terlanjur or dah terbabas, korang pimpin la dia balik. Bukan ape, kesian kat diorang tu. Tapi jangan korang ikut sekali melencong sudey... Yang tu memang harapkan pagar, pagar makan padi.:PP Akhir kata dari sye, sye nak bagitau lagi sekali, sye bukan nak membebel tapi sekadar memberi pendapat dan berkongsi idea sekaligus mengingatkan diri sye sendiri. Tak salah saling menegur. Kalau ade silap atau terkasar bahasa, sila lah tegur ye.
Nota kaki : Segala yang baik datang dari Allah dan yang kurang baik datang dari kesilapan sye sendiri sebagai manusia yang serba naif. Nobody perfect:))
Sekian...
That's all! Tata!
No comments:
Post a Comment