Saturday 4 June 2011

Penyakit hati > Part 1

Assalamualaikum...

     Hai! Malam ni, seperti yang di janjikan, sye nak kongsi ape yang sye baca pasal penyakit hati. Penyakit hati yang pertama and most popular ialah 'ujub atau berbangga-bangga.

     Ada banyak faktor yang menyebabkan wujudnye sikap 'ujub dalam diri seseorang. Sye nak ambil faktor yang paling mudah la iaitu sering dipuji. Ha, yang ni memang biasa. Memang la kita tak boleh kutuk orang, tapi kita jugak tak digalakkan untuk memuji seseorang tu secara berlebihan. Akibatnye? Orang tu mesti rasa dia lah yang paling hebat, dia lah yang paling cun melecun. Dari situ lah wujudnye sikap berbangga-bangga. Mintak dijauhkan... So, kalau nak puji, sila berpada-pada. Kalau boleh jangan terang-terangan.

     Faktor lain ialah seseorang yang datang dari keluarga yang kaya dan dihoramati serta disanjungi (berlebih-lebihan). Pon sama. Kalau dah family kaya, disanjung pulak tu, semua orang takut, mesti tak banyak sikit pon, akan ade perasaan bangga tu. Tapi bukan semua golongan macam tu. Mungkin ade segelintir. Wallahu'alam...

     Then, maybe sebab sering bergaul dengan orang yang suka berbangga-bangga, lupa akan Tuhan yang memberi rezeki, dan lupa akan balasan kelak. So, kita sebagai manusia haruslah sering beringat dalam membuat sesuatu.

Untuk merawat sikap 'ujub ni, mudah je sebenarnye. Kalau korang jenis yang suka puji orang lain, sila lah kurangkan tabiat tu. Puji boleh, tapi sebaiknye tanpa pengetahuan tuan punye badan. Dan, kalau korang jenis yang suka di puji, sentiasa lah ingat bahawa semua kelebihan korang tu hanya LOAN sementara yang akan ditarik balik bila-bila masa. Senang je kan? Pokok pangkal nye hati dan niat.

      Macam biasa, sye bukan nak berceramah atau nak jadi pakar motivasi atau nak jadi 'doc', tapi sye sekadar berkongsi info dan mungkin sedikit ilmu disamping mengingatkan diri sye sendiri juga. Sye tak paksa siapa-siapa baca, kalau nak baca di alu-alukan, kalau taknak, just leave this page ok? ;)

Nota kaki : Sama-sama lah kita beribadah. ~Terasa diri ustazah pulak tetiba. Haha~ Ok. Tak layak. ;P

That's all! Tata!

2 comments: