Monday, 7 May 2012

Bisnes Belangkas

Assalamualaikum...

asyik berkepit je 24 jam. macam BELANGKAS!

eleh. korang tau ke belangkas tu ape? tak tau? tak rock la korang ni. haha! belangkas tu sejenis hidupan laut. nak tengok rupa dia?


takut kan tengok? ekoq dia tajam weyh! tapi boleh makan menatang ni. macam ketam la. boleh masak asam pedas, sambal.. tapi, kalau orang tak pandai siang or masak, nanti makan boleh mabuk tau. so, sila jaga-jaga. 

dengar cerita, darah belangkas ni bagus untuk perubatan. sebelum ni, harga darah belangkas cecah RM17500 seliter kalau tak silap. fuyooh! tapi, nak dapat seliter tu jenoooh nyah! mau 3 hari 3 malam tunggu belangkas tepi laot baru dapat. 

kalau nak rasa makan belangkas ni, pegi la teluk sengat kat kota tinggi. kat sana banyak belangkas. makcik saya pon ade jual. :') nak tak, nak tak? kalau nak meh la kita berurus niaga. murah je... sekor 3 ringgit, 5 ekor 10 ringgit. kalau tak silap la. kalau yang telur haruslah mahal sikit. kalau nak bagitau saya ye. :) 

Nota kaki: bisness belangkas macam boleh kaya jep. hikhik!

No comments: