Tuesday 15 May 2012

Terima kasih cikgu. ILoveU Ibu.

Assalamualaikum...

esok hari guru. hari ibu? hari-hari la hari ibu! Hehe! jom la kita sembang-sembang barang sepatah dua pasal hari ibu dan hari guru ni. Untungnya jadi cikgu kan. tiap-tiap tahun dapat hadiah. ibu pulak? ala kalau bagi hadiah untuk ibu pon dapat duit dari ibu jugak. pi mai pi mai tang tu.

tadi, pergi bandar dengan pakcik makcik sepupu sepapat. yela. budak tiga orang tu sibuk nak beli hadiah hari guru. yang akaknye sampai tiga. yang abang dua, nasib baik adiknye pra. bagilah the only one cikgu dia je. anak 3 orang, hadiah hari guru 6! anak 3 orang, hadiah buat ibu = 0.


see. banyak kan? T_T excluded rabbit. rabbit pon teruja tengok hadiah banyak. 

ha. hari guru beli hadiah bukan 2 3 hinggit, tapi duabelas tigabelas hinggit. saya dulu pon beli hadiah hari guru kat kedai 2 hinggit je. beli frame. bagi kat sorang cikgu je. kalau cikgu lain nak pon kene la kongsi-kongsi tengok. tengok je la. tak mampu nak beli banyak. beli tu pon hasil duit belanja sekolah yang dok simpan limeplohsen sehari. kalau tak pon kami kumpul duit sekelas, beli 1 hadiah untuk guru kelas. tak pon buat kad ucapan sendiri. lukis bunga-bunga sikit dah.

sebenarnya, kalau namanya cikgu yang betul-betul cikgu, dia tak harap pon hadiah mahal-mahal harga belasan ringgit. as long as kita dah belajar betul-betul, skor masa exam, dan kita ikhlas dengan apa yang kita bagi, tu pon dah cukup bagi diorang. 

habis part guru. ibu pulak? apa hadiah kita untuk ibu-ibu kita? hari-hari hari ibu kan? kalau nak di kira jasa mak mak korang, memang tak ternilai. mana tak nye, mak la yang masakkan makanan, basuhkan baju, kejut pegi sekolah, ironkan baju, basuhkan kasut, suapkan nasi masa kecik-kecik, mandikan. yang paling penting, mak koranglah yang lahirkan korang. so, kalau setakat hadiah-hadiah tu, memang tak cukup. sudahlah semuanya mak yang buat, kalau cakap dengan mak, siap membentak-bentak, tinggikan suara, marah-marah. 

Firman Allah SWT, bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua di dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan `Uhh`, dan janganlah engkau menengking dan menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang ketika memelihara dan mendidikku semasa kecil. ” (Al-Isra’ : 23 � 24)

setitik air mata ibu jatuh sebab kita, percayalah nerakalah tempat kita. berbalik pada hadiah hari ibu. apa hadiah daripada korang? For my mom, saya hadiahkan Al-Fatihah je. kalau ibu saya ada lagi, saya mesti dah bagi bagi at least kad ucapan made by me. lepas tu tish tish (kiss kiss) 3x. kat pipi kat dahi. tu la hadiah saya setiap hari buat ibu tercinta. 

budak-budak sekarang, lebih pentingkan guru daripada ibu. hadiah hari guru mesti kene beli. paksa mak ayah keluar malam malam beli. kalau untuk ibu, jangankan hadiah, ucapan pon tiada. tiada apa-apa penghargaan buat si ibu melainkan kedegilan yang melimpah ruah. semakin dimanjakan semakin rancak melawan ibu. dunia akhir zaman. si anak derhaka tanpa sedar.

buat cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya; cikgu tadika, cikgu sekolah rendah, cikgu sekolah agama, cikgu darjah khas, cikgu sekolah menengah, cikgu sekolah teknik, cikgu sekolah memandu, lecturer UiTM, cikgu silat, dan semua cikgu-cikgu di luar sana, SELAMAT HARI GURU!, terima kasih atas bimbingan cikgu-cikgu semua. tanpa cikgu semua, kami hanyalah budak hingusan. Kepada ibu-ibu diluar sana jugak, jaga anak elok elok. sayang anak tangan-tangankan. 

Nota kaki: anak perempuan yang solehah boleh membawa ibu ayah ke Syurga. tu adalah hadiah terhebat. percayalah. tak nak macam tu? (correct me if i'm wrong)

1 comment:

pena rozie said...

selamat hari guru....