Assalamualaikum...
bercerita tentang rezeki. Setiap individu ada rezeki masing-masing yang Allah dah simpan untuk kita. bezanya cuma macam mana cara kita nak hargai rezeki yang Allah dah bagi tu. Contoh paling mudah, kita sebagai pelajar. sangat ramai yang apply untuk kemasukan ke universiti, sama ada IPTA IPTS atau oversea. yup sangat ramai. tapi, cuma insan-insan terpilih je yang dipilih dan ditawarkan tempat untuk sambung belajar. kenapa? sebab rezeki kita dah tertulis dekat situ. maksudnye kat sini, aku nak bagitau yang rezeki aku dah tertulis dekat UiTM Segamat sebagai Pelajar Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pemasaran. kepujian tu macam penting je. fine fine!
yela kan. dah tentu tentu kita kita semua ni insan terpilih. maka haruslah kita hargai. macam mana nak hargai? macam ni...
belajar rajin-rajin. rajin buat assignment. kalau lecturer bagi keje sekolah; bak kata orang tua-tua dulu, buat! bukan tangguh-tangguh. kalau ada presentation, present betul-betul. jangan tersipu-sipu. kalau lecturer tanya soalan, jawab. bukan diam membisu. kalau lecturer tanya paham ke tak, cakap tak paham! jangan jadi hipokrit. assignment tu jangan main larung asal boleh. buat assignment tu betul-betul. paling penting,,,,SAY NO TO PLAGIARISM! hoi penting tu hoii~
nasihat di atas KHAS, KHUSUS, ISTIMEWA buat diri aku sendiri. ye diri aku sendiri. sebab aku lah yang malas. aku lah yang kemain nervous nak terkeluar jantung bila kne present. aku lah yang tunduk-tunduk bila lecturer nak tnye soalan. aku lah yang suka copypaste bila buat assignment. ops! tu dulu ok. sekarang belum buat lagi kerja terkutuk tu. T_T
maka aku macam tibe tibe terfikir. alangkah bahagianya kalau aku orang yg 1st present tanpa gugup. alangkah indahnya kalau aku jadi orang paling banyak tanya soalan, paling laju jawab soalan, paling pantas berfikir. alangkah seronoknya kalau aku boleh buat public speaking dengan selamba badak tanpa segan silu bukak mulut terus spontan cerita fairytale keluar. alangkah alangkah dan alangkah tenang nya hidup sebagai pelajar degree kalau aku dilahirkan genius! DUSH~
ok. nasihat Amirah Marliza sebagai insan terpilih untuk belajar di Segamat, silalah belajar dengan tekun. sila jangan contohi perangai entah apa apa dia. cuma contohi sifat lemah lembut (kadang-kadang) dia. jangan malu-malu nak bertegur sapa dengan dia. dia tak sombong. betol!
Nota kaki: sekadar perkongsian dan peringatan buat diri sendiri. sila jangan terguris hati atau terkoyak perasaan. ;')
No comments:
Post a Comment