Tuesday, 8 May 2012

Tips: Blog ringan

Assalamualaikum...

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. pernah dengar ungkapan ni? mesti selalu dah dengar kan...

tapi saya bukan nak cerita pasal susu ataupun nila mahupun belanga. yang saya ingin bincangkan sekarang ialah tips untuk jadikan blog korang semua seringan kapas. puih! hiperbola!

1. Header

pastikan header korang besar tak melampaui batas. agak-agak la. tak payah nak gedabak sangat pon tak pe. orang kalau bukak blog memang tengok header, tapi, kalau header besar gabak cantik menarik tertarik, tapi isi macam hareenmmm, pon tak guna jugak.

2. Sidebar

sidebar tu, kalau ada kat 2 2 belah, hentikanlah. baik tukar kat belah kanan je. yang 2 2 belah tu buat blog korang loading 5 jam. sempat masak gulai ikan patin sambil dengar radio dulu baru baru dapat full loading.

3. Follower

yang mana letak widget follower kat belah atas tu, dah boleh tukar letak kat sidebar. bukan apa, widget follower tu berat. lambat nak loading muka sorang-sorang. makanya, kalau letak di atas, loading blog pon jadi siput sedut. blogkan loading dari atas. ada yang dari bawah? hikhik!

4. Widget

kurangkan penggunaan widget. kalau yang takde pekdah pada masyarakat setempat tu, eloklah di remove. kalau tak banyak widget merepek meraban, mata tenang je tengok tak serabut, nak baca entry pon rajin sebab blog kemas. orang pon suka menyinggah.

5. Lagu

percayalah. lagu hanya memberatkan blog anda. bukan setakat berat, tapi juga sesak, pekak, badak lagi. bukan korang lah. tapi pengunjung. kesian kalau yang jenis suka bukak volume kuat-kuat tu. mau punah semangat membaca mereka. faham?

6. Gambar

gambar tu, cantik, tapi loading lembab disebabkan masa kini, ramai yang guna dslr kan? makanya, sizenya jugak besar, secara otomatik, blog jadi letih nak loading. jadi, diharapkan, kurangkanlah letak gambar-gambar di sidebar juga di entry. letak sebingkai dah cukup kot.. kat fb dah banyak gambar kan? tapi gambar banyak pon tak elok. UAI cakap. hewhewhew!

eh eh. tak. saya bukan mengkritik blog korang. blog korang suka hati korang la kan? hehe! saya cuma memberi pendapat dan tips. manalah tahu berguna kan? saya cerita berdasarkan pengalaman. ye. dulu dulu masa saya ekzaited nak berblog, habis semua gambar saya rasa nak upload. kejap kang letak gambar ni. eh kejap lagi kang upload gambar tu pulak. kalau header toksah citer. yang besar almari kat umah, yang besar pinggan asrama, yang besar aircond uitm, semua saya penah letak.

hasilnya. saya tercongok depan laptop satu malam semata-mata untuk update satu entry disebabkan loading yang berjam lamanya. sadis tau! dah la wifi seciput. cett! ok ok. setakat ni saja.

Nota kaki: kalau ada tips lain, silalah berkongsi ye. (:


1 comment:

Terbakor said...

terbaik tips ni, sekarang da buang plugin dan widget yg xpakai.. makna resource byk tu :D