Saturday 23 February 2013

Kencing tikus!

Assalamualaikum...


siapa kata tikus kecil tak bahaya. hei. kecik-kecik cili padi. kecik-kecik macam tu, kene air kencing dia pon kita dah boleh kritikal. Itulah namanya kekuasaan Allah. Ha, kalau korang nak tau, virus kencing tikus ni dikenali jugak sebagai LEPTOSPIROSIS. sukahati korang la nak sebut macam mana. bukan apa, aku kalau sebut macam aneh. haha~

LEPTOSPIROSIS merupakan penyakit yang jarang berlaku yang disebabkan oleh Bakteria LEPTOSPIRA.---> Kencing Tikus!!

Kalau dilihat melalui mikroskop bentuk virus ini adalah berbentuk spiral dan boleh hidup didalam air tawar selama satu bulan atau lebih. Ia tidak boleh hidup didalam air laut.

CARA PENYEBARAN KEPADA MANUSIA
Air, Tanah atau Tanaman yang telah dikotori oleh air kencing haiwan yang mengidapi leptospirosis. Ia akan memasuki ke badan manusia dengan pelbagai cara antaranya melalui mata,hidung, kulit yang melecet atau makanan yang dicemari oleh najis terutama air kencing haiwan yang telah dijangkiti Bakteria LEPTOSPIRA.

Faktor risiko termasuklah:

• Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
• Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
terdedah di tmpt yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya,apabila terkena kulit yang luka,masuk dalam mata,hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.

GEJALA/SIMPTOM TERKENA JANGKITAN

1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
5. Radang selaput mata.
6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paru-paru atau ruam.

KOMPLIKASI

• Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.
• Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
• Perdarahan yang teruk.
• Respiratory (distress).
• Kegagalan fungsi hati.
• Kegagalan fungsi buah pinggang

*boleh membawa maut sekiranya kritikal!!

RAWATAN

Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.

PENCEGAHAN

Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit.

sumber: http://www.tasik-puteri.com/forum/index.php?topic=975.0

6 comments:

Anonymous said...

Sepupu sy baru meninggal dunia pg ini akibat penyakit ini.bermula sabtu lepas dan pg rabu dah tiada.sekejap je boleh rosakkan buah pggang,hati,paru2 dan jantung.innalillah.semoga ditempatkan dalam org beriman.

Anonymous said...

kwn sy bru admit icu 17/11/2013. smpi skrg blum sedar. doktor da gtau smua organ dah rosak. xtaula mcmn nk gmbrkn prsaan gn kes yg sgt x dsgka2..

Anonymous said...

Dye idup lg?

nurul2820 said...

Awk boleh hubungi sy utk cuba penawar kuman kencing tikus.pak cik sy 3 mggu lps masuk wad sbb masalah sama.alhamdulillah slps makan penawar yg dh belj dr sudan pak cik sy pulih dan kembali sht dlm masa tak sampai 2 hr.0195491600

Anonymous said...

Nurul2820 ape kate u share kt cni petua nye at least ramai yg blh sebarkan bnde yg baik ni

haz said...

Sbg ikhtiar rawatan kencing tikus lihat www.morhabshi.com